Resdung (atau resedung) adalah keadaan di mana lapisan mukosa dalam rongga sinus menjadi radang. Selalunya disebabkan oleh jangkitan virus dan biasanya sembuh dalam 2 atau 3 minggu.
Jangkitan sinus berlaku apabila cairan lendir mengumpul di dalam rongga sinus yang sepatutnya dipenuhi udara sahaja, yang membolehkan jangkitan virus dan bakteria.