Merawat Dengan Hikmah, Menyembuh Dengan Kasih Sayang

Pusat Rawatan As-Syifa adalah sebuah pusat rawatan alternatif yang berfokus kepada kaedah Homeopati dan Rawatan Alami berlandaskan prinsip penyembuhan secara semula jadi, menyeluruh dan seimbang. Kami percaya bahawa setiap penyakit datang bersama penawarnya, dan dengan izin Allah, usaha yang betul akan membawa kepada kesembuhan.

Ditubuhkan dengan matlamat membantu masyarakat mendapatkan rawatan yang selamat, suci, dan bebas kesan sampingan. Mula beroperasi pada tahun 1998 di Permatang Badak, Kuantan, Pahang, Pusat Rawatan As-Syifa merupakan pusat rawatan alternatif yang menggabungkan pendekatan homeopati, akupuntur, bekam, dan refleksologi secara holistik dan patuh syariah.

Diterajui oleh Dr(H) Haji Md Yusof bin Sidek, seorang pengamal homeopati bertauliah dengan pengalaman lebih 20 tahun, kami berdedikasi membantu masyarakat mencapai tahap kesihatan yang seimbang – secara fizikal, mental dan rohani.

Kami mengutamakan pendekatan mesra pesakit, diiringi dengan nasihat dan bimbingan gaya hidup sihat berlandaskan nilai-nilai Islam.

Dengan gabungan ilmu, pengalaman dan keikhlasan dalam perkhidmatan, kami di As-Syifa komited untuk menjadi rakan anda dalam perjalanan menuju kesihatan yang lebih baik – secara semula jadi, selamat dan berkesan, insyaAllah.

🎯  Visi Kami

Menjadi pusat rawatan homeopathy dan alternatif yang dipercayai dan unggul dalam memberikan rawatan semula jadi dan menyeluruh kepada masyarakat.

🎯  Misi Kami

  • Menyediakan rawatan yang selamat, berkesan dan berlandaskan nilai Islam.
  • Memberikan layanan mesra, profesional dan penuh kasih sayang.
  • Mendidik pesakit tentang gaya hidup sihat dan pemakanan seimbang.

Nilai Kami

  • Amanah dalam setiap rawatan dan nasihat.
  • Sunnah sebagai panduan gaya hidup sihat dan kaedah rawatan.
  • Ilmu yang berterusan dalam bidang perubatan alternatif.
  • Empati terhadap setiap keperluan dan keadaan pesakit.
  • Profesionalisme dalam segala aspek perkhidmatan.

Pengalaman & Kelulusan

  • Lebih dua dekad pengalaman dalam bidang rawatan alternatif.
  • Semua staf berpengalaman dan memiliki sijil pengamal berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
  • Rawatan dikendalikan secara beretika, selamat dan bertanggungjawab.

Keunikan Kami

Diagnosis Menyeluruh
Kami menggunakan gabungan kaedah moden dan semula jadi seperti:

  • Iridologi (analisis mata)
  • Pemeriksaan tapak tangan & tekanan darah
  • Ujian darah makmal, jika diperlukan

Rawatan Holistik
Pendekatan homeopati menyasarkan punca penyakit, bukan sekadar simptom – membantu memulihkan sistem tubuh secara menyeluruh.

Nasihat Pemakanan & Gaya Hidup
Kami membimbing pesakit melalui nasihat kesihatan, pemakanan sunnah dan amalan hidup sihat yang menyokong proses penyembuhan.

Scroll to Top